Monday, October 23, 2017

Kempen Keselamatan anjuran Repsol

23 Oktober 2017 (Isnin) - Bertempat Di Dewan SMK Sultan Ismail dengan disertai oleh 7 buah sekolah yang dipilih dan SK Seberang Tayor merupakan salah satu sekolah yang terpilih itu.

Video dibawah menceritakan segala yang terjadi:


Wednesday, October 18, 2017

Majlis Perpisahan Cikgu Nomi dan Cikgu Aisyah

Majlis Apresiasi Kokurikulum 2017

Diadakan pada Rabu, Majlis yang again ringkas tapi penuh makna kerana ini merupakan majlis yang julung kali diadakan dan disambut warga Tayorian. Majlis in diadakan until menghargai jasa atlet, murid Dan guru yang banyak menyumbang dalam KPI kokurikulum sekolah.

Tentatif:
1. Bacaan doa oleh Ustaz Ghazali
2. Ucapan Puan Anidah Ngah, GPKK
3. Ucapan Puan Rosnani, Guru Besar
3. Penyampaian hadiah

Saturday, October 14, 2017

Hari Sukan Negara: Zumba & Kampung Walk 2017

14 Oktober 2017 (Sabtu)
Menyambut Hari Sukan Negara dengan tentatif yang again simple dan sederhana. Disertai oleh murid Tahap 2, program bermula pada jam 8 pagi dengan regangan badan dan Zumba yang diketuai oleh 6 murid Tahun 6.
Selepas itu, rehat sebentar sebelum murid memulakan program seterusnya iaitu Kampung Walk yang menitikberat Dan menyokong program 1,000 langkah sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program berjalan lancar tanpa sebarang masalah Dan berakhir pada jam 9.30 pagi dengan bergambar kenangan untuk laporan Dan dokumentasi.
Alhamdulillah....

Friday, September 29, 2017

Perkhemahan Tayorian 2017 Day 3: 29/9/2017

Hari akhir hanyalah sarapan dan kemas khemah. Penutup dibuat tanpa pemberian hadiah dan ditangguhkan ke masa yang diberitahu kelak.

Thursday, September 28, 2017

Perkhemahan Tayorian 2017 Day 2 : 28/9/2017

Tentatif Perkhemahan Hari Ke-2
1. Sarapan pagi
2. Pertandingan Kawad Kaki
3. Pertandingan Chef Cilik
4. Pertandingan Pertolongan Cemas
5. Pertandingan Larian Komando
6. Malam Kebudayaan

Wednesday, September 27, 2017

Perkhemahan Tayorian 2017 Day 1: 27/9/2017

27 September 2017 (Rabu)
Bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran tetapi disambut oleh hujan yang agak lebat menyebabkan pendaftaran bermula agak lewat. Peserta ditempatkan di dua kawasan iaitu surau untuk peserta perempuan dan bilik tayang untuk peserta lelaki.
Tentatif pada hari ini:
Pendaftaran
Masakan Rimba
Kembara Malam
1.1 Murid telah mula berkumpul di khemah dan mula berkemas apabila hujan membasahi bumi. Agak lebat sehingga Pelan Kontigensi digunakan iaitu kem L di Bilik Tayang dan kem P di Surau Al-Hidayah.
1.2 Masakan Rimba terpaksa dibatalkan kerana hujan Dan diganti dengan permainan Peti Buruk. Slot diketuai oleh Cikgu Norazman.
1.3 Kembara Malam - diteruskan dan kali ini, tiada entiti yang menjengah. Slot in melibatkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam menyiapkan tugasan.